Salam Perkenalan Cik Ngah

Assalamualaikum. Salam perkenalan dari Cik Ngah. hehe.


I'm ordinary person. Tiada yang istimewa sangat pun. Orang katalah bukan aii kata bila pestime jumpa nampak tak mesra dan macam sombong tapi bila lama lama kenal sifat homour dan hepi itu terserlah😝😝. Betullah bak kata peribahasa omputih Don't Judge The Book By Its Cover, Tak kenal maka tak cinta dah kenal rasa terjatuh chenta pula.😝😝

Ok, nak cerita sikit profil diri nama diberi dalam IC Nurul Suhada Baharudin. Umur sekarang sudah 33 tahun tapi still sweet kan. πŸ˜›πŸ˜›. Ibu kepada dua orang hero yang comel, Muhammad Adam Fitri 5 tahun dan Muhammad Adam Haikal 2 tahun. Teman sebantal dan sekatil kepada Mohd Aliff Bin Abdullah orang yang telah mencuri hatiku.

Kenapa nama blog ni cik ngah??? Sebab semalam husben tolong create blog ni lepas tu duk pilih nama yang sesuai husben letak nama cik ngah. Ok aii follow sahaja tak nak jadi isteri derhaka. Manalah tau ada keberkatan husben bagi nama dalam blog ni ramai follower. ha ha ha. Tapi dikalangan anak fruits memang mereka gelar aii cikngah. 

Malam ni, 30 oktober 2020 bermulanya blog Cik Ngah Journey. aii akan kongsikan dan bercerita pelbagai pengalaman atau cerita ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama.

Mohon doakan blog Cik Ngah Journey ni akan berterusan dan bermanfaat pada setiap pembaca hokey. 🀲🀲🀲

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, aii rasmikan Blog Cik Ngah Journey malam ini 😘😘.

Comments

Post a Comment